<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8890216771638782634\x26blogName\x3dENA\x27S+STORY\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://enamtazar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://enamtazar.blogspot.com/\x26vt\x3d337354241851192665', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Mengapa ?
Thursday, December 12, 2013 0 comments


Tik Tok Tik Tok.

Jam di dalam rumaku berbunyi. Aku duduk di luar rumahku. Niatku hendak menikmati panorama indah pada waktu itu tertangguh apabila memori lama muncul dalam ingatanku.

10 Dec 2003. Takkan ku lupa air mata yang mencurah ke pipinya. Ku ingat selalu madah katanya yang memedihkan. Waktu itu aku sebak. Terkedu. Meniggalkannya bukan satu pilihan. Aku terpaksa. Menjauhkan diri daripadanya merupakan jalan yang terbaik. Aku bukan sesiapa baginya. Aku cuma pengganti buat kekasihnya yang dulu. Aku rasa tertipu. Mengapa ? Mengapa dia yang menangis ? Mengapa bukan aku ? Adakah dia rasa apa yang aku rasa ? Tangan ku digenggam erat. "Jangan pergi. Tolong". Kata2 itu dikeluarkan dr mulutnya. Aku melepaskan genggaman itu. Jangan pergi. Mengapa ? Kau mahu aku selalu disamping mu tetapi lagakmu seperti aku ini hamba cinta kau. Air mataku mengalir, membasahi pipiku. Aku melihat riak wajahnya ketika itu. Tangisan ku tampak lebih ikhlas daripadanya. Mengapa ? Mengapa pula dia menangis walaupun tidak ikhlas ? Aku rasa bagaikan Tuhan itu tidak adil.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun akan tetapi manusia lah yang menganiaya diri mereka sendiri " - Surah Yunus : 44. 

Apa salahku ? Apa dosa ku hingga aku jadi begini ? Dipermainkan. Persis patung yang tidak bernyawa. Tidak berakal. Tidak mempunyai perasaan. Aku rasa bodoh. Rasa seperti ingin mati.Ya. Mati. Mungkin lebih elok. Lebih bagus jika aku hidup di dunia lain. Memandang manusia yang hidup dengan senang. Bukan dengan cara mengantung diri. Bukan dengan pisau mahupun pistol. Dengan dadah. Mungkin itu cara yang bagus.

Aku pergi bertemu kenalan ku. Aku tahu dia mengambil dadah sejak berusia 16 tahun lagi. Aku meminta dadah yang paling kuat. Paling bagus. Paling cepat untuk mematikan aku. Namun dia mengahalau aku. Katanya aku tidak layak melakukan dosa itu. Mengapa ? Aku pun manusia. Mati akal aku dibuatnya. Mengapa dia tidak memberi aku dadah itu ? Kusut. Tertekan. Aku mahu mati !

Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan 60 tahun menyapa aku. "Nak, pakcik lihat kamu ini macam ada masalah. Kenapa nak ?". Aku rasa bengang dengan soalannya itu. Aku menghalau pakcik itu dengan kasar. Sangat kasar. Mengapa ? Mengapa perlu sibuk dengan hal orang lain ? "Nak, berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu." Senyap. Aku melihat pakcik itu. Ikhlas ingin membantu. Aku menceritakan segala masalah yang aku hadapi. Tidak ku sangka, terasa ringan hati ini lepas berkongsi masalah dengan pakcik itu. Selepas mendengar kata-kata aku, pakcik itu mengangguk.

"Gantungkanlah azam dan semangatmu setinggi bintang dan langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Allah SWT itu maha adil. Setiap masalah kamu merupakan ujian. Dan ujian itu merupakan tanda betapa rindunya Allah SWT terhadap kamu. Kembali lah kepada-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu adalah pendengar yang terbaik.Sabda Rasulullah SAW, "Akan masuk ke syurga orang2 yang hati mereka seperti hati burung yakni benar2 berserah dan percaya kepada jaminan Allah SWT pada dirinya." Kembali lah nak." 

Air mata ku mengalir keluar. Pilu rasanya. Ya Allah, malunya aku kepadaMu. Tidak kusangka begini jdnya. Maafkan aku Ya Allah. Maafkan aku. Tebal rasanya wajahku. Malu. Malu hendak bersemuka dengan pencipta aku. Mengapa aku pilih jalan yang salah ? Mengapa aku hanya ambil tindakan yang negatif ? Mengapa aku bodoh ? Mengapa ?

Sejak itu, aku kembali kepada Allah SWT. Aku rasa amat senang. Gembira. Setiap masalah telah diselesaikan. Allah SWT maha pemurah. Aku sedar diri aku. Seorang hamba. Hamba Allah. Bukan Hamba manusia. Hamba Cinta. Hamba perosak. Bukan. Aku Hamba Allah SWT. Hamba penciptaku.

"Zulqarnain, mari masuk. Pergi siap. Nak Maghrib dah." pakcik Salim menegur aku dari dalam rumah. Ya. Aku kini tinggal bersama pakcik yang telah membuka hati aku untuk kembali kepada Islam. Syukur aku dipertemukan dengannya. Dah2. Aku nak solat. Assalamualaikum.

"Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah kurniaan Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan kurniaan Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk" - Al-Imran : 103.